Kisah kebangkitan Harimau Selatan bergema

Tunku Ismail
Tunku Ismail
A
A
A

JUARA Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) berbesar hati mengumumkan bahawa syarikat penerbitan 108 Media telah menandatangani perjanjian dengan Discovery, Inc untuk menyiarkan 'Fearless: Rise of the Southern Tigers' di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

"Saya gembira kini lebih banyak tempat di Asia dapat menonton kisah hebat mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan bagaimana kami bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan kejayaan di dalam dan luar padang," titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik JDT.

Menurut Ketua Bahagian Kandungan Asia Pasifik Discovery, Inc, Lynn Ng: "Discovery sentiasa melihat kepada kisah-kisah tempatan mengagumkan yang bergema di seluruh Asia Pasifik.

"Sebagai sukan paling popular Asia Tenggara, kebangkitan JDT adalah satu kisah kejayaan yang diraikan oleh semua, dan kami teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di rantau ini."

'Fearless: Rise of the Southern Tigers' mengisahkan cerita di belakang tabir bagaimana JDT diuruskan dan perubahan yang dilalui bola sepak Johor sejak Tunku Ismail mengambil alih pada tahun 2013.

Mora menerangkan taktikal pasukan kepada pemain JDT.
Mora menerangkan taktikal pasukan kepada pemain JDT.

Antara kisah yang diceritakan dalam siri ini adalah mengenai visi Tunku Ismail untuk Johor dan bola sepaknya, bagaimana telitinya TMJ dalam setiap segi, bagaimana kelab ini berkembang sedikit demi sedikit, perbincangan dalam membuat keputusan untuk kelab, para penyokong Bangsa Johor yang setia dan banyak lagi.

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam turut menceritakan pengalaman Baginda dan menerangkan bagaimana bersemangatnya Tunku Ismail.

Artikel Berkaitan:

Siri ini juga memaparkan temubual bersama Pengarah Teknikal Alistair Edwards, Pengarah Sukan Martin Prest, Ketua Jurulatih Benjamin Mora, bekas pengurus Luciano Figueroa, jurulatih-jurulatih Akademi JDT, pemain, penyokong dan beberapa individu di JDT.

Krew kamera juga mengikuti beberapa pemain dan ketua jurulatih ke kediaman masing-masing.

Tayangan perdana 'Fearless: Rise of The Southern Tigers' akan disiarkan pada 11 September jam 9 malam di saluran Discovery Asia di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong