Lori kontena bahan kimia terbalik

Anggota bomba melakukan semburan di kawasan tumpahan bahan kimia,
Anggota bomba melakukan semburan di kawasan tumpahan bahan kimia,
A
A
A

SUBANG JAYA - Sebuah lori kontena seberat 20 tan yang membawa bahan kimia terbalik dalam kejadian di Lebuhraya Kewajipan arah USJ 8 menghala Lapangan Terbang Subang Jaya, di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.16 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Shah Alam tiba di lokasi lima minit kemudian.

Unit Hazmat BBP Shah Alam turut membantu operasi pembersihan tumpahan bahan kimia di Lebuh Raya Kewajipan, di sini pada Khamis.
Unit Hazmat BBP Shah Alam turut membantu operasi pembersihan tumpahan bahan kimia di Lebuh Raya Kewajipan, di sini pada Khamis.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati lori kontena muatan bahan kimia jenis penghakis terbalik membabitkan keluasan tumpahan 9.3 meter persegi.

“Anggota bertugas bertindak melakukan semburan air,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Norazam berkata, Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam menabur serbuk soda di sekitar kawasan yang terkena bahan kimia terbabit.

Artikel Berkaitan:

“Operasi selesai pada jam 4 pagi,” katanya.