Sanggup bunuh ibu kerana elaun kebajikan

Polis menemui mayat wanita berusia 89 tahun yang dibunuh oleh anaknya pada Sabtu lalu dekat bandar Innsbruck di wilayah Tyrol. - Foto Facebook
Polis menemui mayat wanita berusia 89 tahun yang dibunuh oleh anaknya pada Sabtu lalu dekat bandar Innsbruck di wilayah Tyrol. - Foto Facebook
A
A
A

VIENNA - Polis Austria menemui mayat seorang wanita berusia 89 tahun yang meninggal dunia lebih setahun lalu dan dimumiakan di ruang bawah tanah di rumahnya dekat Innsbruck di wilayah Tyrol, pada Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, polis berkata, wanita itu dipercayai mengalami masalah lupa daya ingatan atau demensia.

Pihak berkuasa itu berkata, anak lelakinya yang berusia 66 tahun menyimpan mayat wanita itu bagi mendapatkan elaun kebajikan yang diperoleh oleh ibunya.

"Anak lelakinya mengaku membekukan mayat ibunya dengan ais di ruang bawah tanah selepas dia mati," kata kenyataan itu.

Seorang pegawai polis yang mengetuai unit penipuan keselamatan sosial, Helmunt Gufler berkata, pada akhirnya, mayat ibunya dimumiakan.

Namun, seorang posmen telah bertanya tentang ibunya dan mahu melihatnya kerana dia merupakan penerima bantuan kebajikan pada setiap bulan tetapi anak lelaki wanita tersebut enggan membenarkan permintaan penghantar surat itu.

Justeru, posmen tersebut membuat laporan polis dan mayat ibunya ditemui pada Sabtu lalu.

Satu bedah siasat mendapati ibu tersebut dibunuh oleh anak lelakinya dan suspek dituduh melakukan penipuan serta menyembunyikan mayat.

Artikel Berkaitan:

Lelaki itu telah memperoleh elaun kebajikan sebanyak $59,000 (RM244,378) sejak Jun 2020. - Agensi