X

Kindly register in order to view this article
!

'Kalau harga telur pun tak mampu kawal...'

Najib turut memuat naik harga telur ayam di laman sosial Facebook miliknya.
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengkritik kerajaan PH yang gagal mengawal kenaikan harga telur ayam daripada berlaku.

Katanya, berdasarkan data rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, harga makanan asas tersebut mengalami kenaikan hingga sekarang.

"Sebelum PRU14, harga telur di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen dan harga gred C 24 sen.

"Tetapi harga telur gred AAA di ladang pada minggu lepas sudah naik 59.2 peratus sehingga 43 sen. Harga telur gred C naik 67 peratus kepada 40 sen. Ini data dari kementerian kerajaan PH sendiri, bukan Najib reka," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Disember tahun lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mengumumkan harga telur ayam daripada setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak dua sen selepas dipersetujui bersama Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM).

Mengulas lanjut, Najib berkata, ia membuktikan menteri PH berbohong apabila menyatakan kerajaan berjaya mengawal dan menurunkan harga telur.

"Kalau makanan asas seperti telur pun tak dapat kawal, ada hati PH janji nak kawal harga barang lain," katanya.