Flick belum puas hati selepas Jerman belasah Iceland

Jerman membelasah Iceland 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia pada awal pagi Khamis.
Jerman membelasah Iceland 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia pada awal pagi Khamis.
A
A
A

PENGENDALI Jerman, Hansi Flick masih belum berpuas hati dengan persembahan para pemainnya walaupun berjaya membelasah Iceland 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Laugardalsvollur pada awal pagi Khamis.

Menurutnya, terdapat kelemahan ketara yang dipamerkan pasukan itu terutama ketika berdepan dengan pasukan yang mengamalkan taktikal bertahan seperti Iceland.

"Kami telah menjalani beberapa kali sesi latihan dan ia memang matlamat kami. Kami telah bergerak satu langkah kehadapan tetapi belum mencapai tahap 100 peratus.

"Berdepan pasukan bertahan seperti Iceland, ia sangat berbeza berbanding Liechtenstein dan Armenia. Ia jelas kami perlu sabar memecahkan pertahanan mereka dan mengambil peluang dengan baik.

"Hantaran akhir adalah sesuatu yang perlu ditambah baik, Untuk menjaringkan gol kami perlu memastikan hantaran akhir itu berkualiti," katanya.

Dalam perlawanan itu, Jerman beraksi cemerlang di hadapan 3,600 penonton yang hadir ke stadium tersebut dengan mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Gnabry dan Antonio Ruediger.

Leroy Sane meneruskan rentak cemerlang Jerman dengan gol di awal babak kedua.

Jaringan Leon Goretzka dibatalkan manakala gandingan Chelsea Timo Werner dan Kai Havertz mensia-siakan peluang keemasan.

Artikel Berkaitan:

Werner menebus kesilapannya dengan meledak gol keempat Jerman seminit sebelum tamat permainan.