Fernandez mara ke separuh akhir Terbuka US

Fernandez membalas pukulan lawan. -Foto: EPA
Fernandez membalas pukulan lawan. -Foto: EPA
A
A
A

PEMAIN ranking ke-73 dunia, Leylah Fernandez dari Kanada mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (US) apabila menewaskan pemain kelima dunia, Elina Svitolina dari Ukraine 6-3, 3-6, 7-6 (5), di suku akhir pada Rabu.

Fernandez yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-19nya pada Isnin, dilihat mempamerkan aksi menakjubkan bagi mengesahkan kemaraannya ke separuh akhir selaku pemain termuda selepas Maria Sharapova yang berusia 18 tahun pada edisi 2005 lalu.

Mengulas lanjut Fernandez berkata, dia pastinya gembira dengan pencapaiannya mara ke separuh akhir Terbuka US kali ini.

Katanya, biarpun agak sukar untuk mempercayai kejayaannya itu, dia akan tetap cuba memberikan yang terbaik untuk beraksi di pentas final kelak.

“Sejujurnya, saya tidak tahu untuk meluahkan apa yang saya rasai sekarang. Cuma yang pasti, saya memang gementar di sepanjang perlawanan dengan Svitolina.

“Namun, sorakan penonton terutamanya daripada suami serta rakan saya, Gael Monfils telah membantu saya menangani rasa gementar itu dan ia menguatkan semangat saya untuk terus berjuang dan tidak menyerah kalah.

“Terima kasih untuk itu kerana ia telah membantu saya untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Untuk rekod, Fernandez turut mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemain nombor tiga dunia, Naomi Osaka dari Jepun, 5-7, 7-6 (7-2), 6-4 pada pusingan ketiga kejohanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai aksi separuh akhir, Fernandez menegaskan dia bersedia untuk berdepan mana-mana pemain bagi mengesahkan slot ke pentas final.

“Saya bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pemain kerana azam saya adalah untuk beraksi di pentas final kali ini,” katanya.