Jijoe terkesima lihat koleksi basikal Datuk K, Siti Nurhaliza

Azizulhasni Awang dan Khalid Mohamad tidak melepaskan peluang bergambar bersama. FOTO: IG Azizulhasni
Azizulhasni Awang dan Khalid Mohamad tidak melepaskan peluang bergambar bersama. FOTO: IG Azizulhasni
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, mengakui terkejut apabila tidak menyangka penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pasangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa merupakan 'die hard fans' sukan berbasikal.

"Mungkin ada yang tak tahu, Dato K dan Dato CT memang 'die-hard fan' sukan berbasikal. Mereka berdua ni memang sangat aktif berkayuh dan siap masuk perlumbaan lagi, jangan tak tahu.

"Tapi saya sangat terkesima melihat koleksi-koleksi basikal mereka. Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat. Masa berada di galeri itu, saya tengok satu per satu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum," tulis pelumba sensasi negara tersebut di Instagramnya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 tersebut sebelum itu menerima pelawaan Siti Nurhaliza dan Khalid ke kediaman mereka.

Azizulhasni semasa kunjungan itu sempat menjamu selera bersama pasangan tersebut.

"Saya baru tahu, Dato CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga. Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Dato CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Dato CT memang terbaik. Saya makan tu sampai menyanyi lagu PERCAYALAAHHHH.

""Terima kasih kepada Dato K dan Dato CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan karier saya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah. Didoakan agar dimurahkan rezeki dan dirahmati ALLAH selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya," ujarnya.

Artikel Berkaitan: