X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Ajaran sesat PMYT: Sittah Annur direman empat hari

Suspek yang dipercayai ketua ajaran sesat itu ditahan polis pada Sabtu.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang dipercayai pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau lebih dikenali sebagai Sittah Annur ditahan berhubung penglibatannya dalam ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, wanita berusia 39 tahun itu direman selama empat hari sehingga Selasa depan.

Abd Jalil Hassan
Abd Jalil Hassan

"Suspek ditangkap pada 4 September (Sabtu) sekitar jam 1.10 pagi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, ketua ajaran tersebut yang mendakwa dirinya mampu berhubung dengan malaikat, Nabi Muhammad SAW dan ALLAH ditahan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Menurut laporan tersebut, tangkapan itu susulan satu laporan polis dibuat seorang pengadu pada Isnin lalu selepas menonton sebuah video berkaitan ajaran tersebut yang dimuat naik di YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua ajaran PMYT ditahan polis


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!