Bot karam Pulau Nunuyan: Op SAR masuk hari ketiga

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pencarian mangsa bot karam di perairan Sandakan hari ini. 
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa bot karam di perairan Pulau Nunuyan dekat sini pada petang Khamis lalu disambung semula hari ini.
Mangsa yang masih hilang ialah dua lelaki masing-masing berumur 38 dan 28 tahun, seorang wanita berumur 42 tahun, dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur lapan dan satu tahun. - Foto Bernama

A
A
A

SANDAKAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di perairan Pulau Nunuyan dekat sini disambung semula hari ini, selepas ditangguhkan pukul 6 petang semalam.

Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Sandakan di sini, operasi disambung semula pukul 7 pagi tadi, melibatkan kawasan pencarian seluas 187 batu nautika dan dipecahkan kepada lapan sektor.

Operasi yang di sertai Maritim, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah Laut 2 Sandakan, Pasukan Polis Marin Sandakan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan kekuatan 111 orang itu digerakkan bagi mencari empat lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian 6 petang pada Khamis, 28 Februari.

Mangsa yang masih hilang ialah dua lelaki masing-masing berumur 40 dan 27 tahun dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur lapan dan satu tahun.

Dalam kejadian itu bot membawa seorang tekong dan 10 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Taganak, Filipina menuju ke Sandakan dan terbalik akibat keadaan laut bergelora.

Lima mangsa diselamatkan bot tempur TLDM yang melihat mereka berpaut pada bot yang terbalik sebelum mayat kanak-kanak lelaki ditemui empat jam kemudian.

Semalam, mayat seorang wanita dipercayai mangsa bot yang sama, ditemui nelayan pada pukul 12.44 tengah hari.- Bernama

Artikel Berkaitan: