Mini Zoo Taman Teruntum bakal muncul zoo hibrid pertama di dunia

Hamdan (dua kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Yong Lam Woei disaksikan Abd Rahim (dua kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Manaik Taraf Mini Zoo Taman Teruntum- Projek Kerjasama Edu-Tourism antara MBK dan Wegrow Global Sdn Bhd di Kompleks MBK di sini pada Jumaat.

A
A
A

KUANTAN - Mini Zoo Taman Teruntum di sini bakal muncul sebagai zoo hibrid pertama di dunia selepas projek naik taraf siap sepenuhnya menjelang awal tahun depan.

Projek edu-tourism penaiktarafan mini zoo itu yang bermula September ini dibangunkan dengan konsep baharu mengabungkan elemen haiwan hidup dan haiwan animatronik pra sejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi Teknologi Industri 4.0.

Projek melalui kerjasama bersama sebuah syarikat swasta, Wegrow Global Sdn Bhd dengan pelaburan mencecah RM12 juta itu dijangka siap dan dibuka kepada pengunjung menjelang Januari tahun hadapan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin berkata, sebagai sebuah zoo hibrid, pengunjung bukan hanya dapat melihat haiwan-haiwan tempatan secara langsung malah mereka berpeluang menyaksikan haiwan animatronik pra sejarah yang telah pupus dan pelbagai tarikan lain.

"Apabila siap kelak, Mini Zoo Taman Teruntum bakal muncul sebagai tarikan pelancongan baharu di Kuantan dan Pahang khususnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Menaik Taraf Mini Zoo Taman Teruntum-Projek Kerjasama Edu-Tourism antara MBK dan Wegrow Global Sdn Bhd di Kompleks MBK di sini pada Jumaat.

Hamdan (dua kanan) dan Yong Lam Woei menandatangani perjanjiann kerjasama antara MBK dan Wegrow Global Sdn disaksikan Abd Rahim (belakang, kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Manaiktaraf Mini Zoo Taman Teruntum- Projek Kerjasama Edu-Tourism di Kompleks MBK di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Rahim Muda, Setiausaha MBK, Datuk Hamiza Hamzah dan Pengarah Eksekutif Wegrow Global, Yong Lam Woei dan Teh Eu Jin.

Artikel Berkaitan:

Hamdan berkata, Zoo Mini Taman Teruntum seluas 4.4 hektar itu akan mengekal struktur sedia ada dan akan ditambah baik agar lebih menarik dan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung.

"Daripada keseluruhan kawasannya, kira-kira 30 peratus akan dikekalkan untuk pameran haiwan hidup dan selebihnya bakal dibangunkan melalui projek edu-tourism yang turut menempatkan kafe bertema, makmal dinosaur dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Abd Rahim berkata, usaha yang dilaksanakan MBK itu bakal menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini menjelang pembukaan kembali industri pelancongan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, melalui usaha itu, Mini Zoo Taman Teruntum yang telah beberapa kali dinaik taraf akan diberi nafas baharu sebagai destinasi pelancongan wajib dikunjungi di daerah ini.

"Saya harap, pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah lain juga mengambil inisiatif menarik lebih ramai pelancong ke daerah mereka dengan memperkenalkan konsep tarikan baharu yang sesuai dengan produk pelancongan sedia ada," katanya.