Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik libat wakil pembangkang: PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan wakil pembangkang akan terlibat dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik di negara ini.

Menurutnya, perkara itu diputuskan selepas persetujuan sebulat suara dicapai dalam Sidang Khas Pengurusan Pandemik: Covid-19 berkenaan yang kini ditukar nama kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.

"Jawatankuasa khas ini bakal melibatkan wakil daripada parti pembangkang.

"Pendekatan ini merupakan salah satu usaha kolektif untuk melibatkan semua pemegang taruh bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang telah dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Sebelum ini, dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri menyeru seluruh Ahli Dewan Rakyat sama ada di dalam atau di luar kerajaan agar menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

Artikel Berkaitan: