Didin tewas kali kedua kepada pemain Brazil

Atlet badminton paralimpik negara, Didin Taresoh membalas hantaran lawannya dari Brazil Tavares Vitor Goncalves pada kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Yoyogi National Stadium hari ini. Foto Bernama

A
A
A

PEMAIN badminton para negara, Didin Taresoh tewas 13-21, 13-18 kepada pemain Brazil Brazil, Vitor Goncalves Tavares Krishna Nagar pada aksi kedua saingan Badminton Perseorangan Lelaki (SH6) Kumpulan B, Sukan Paralimpik Tokyo 2020, petang tadi.

Kekalahan berkenaan merupakan kekalahan kedua Didin setelah tewas 20-22, 10-21 kepada pemain India, Krishna Nagar, tengah hari tadi.

Pada set pertama, Vitor Goncalves dilihat beraksi dengan baik dan hanya memerlukan 12 minit untuk menewaskan Didin 21-13.

Didin dilihat cuba bangkit pada set kedua, namun terpaksa menarik diri daripada perlawanan berkenaan pada kedudukan 13-18 memihak kepada Vitor Goncalves.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Didin tidak dapat mengesahkan kemaraan ke separuh akhir acara berkenaan.

Artikel Berkaitan: