Mohamad Yusof Hafizi tamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-33

Mohamad Yusof Hafizi. - Foto kontinjen malaysia.my
Mohamad Yusof Hafizi. - Foto kontinjen malaysia.my
A
A
A

ATLET basikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menamatkan perlumbaan Lebuh Raya Lelaki kategori C1-3 Akhir, pada kedudukan ke-33 pagi tadi.

Atlet berusia 24 tahun kelahiran Perak itu menamatkan perlumbaan 52.8 km itu dengan mencatat masa 1: 47: 56 saat bagi menamatkan perlumbaan berkenaan yang berlangsung di Fuji International Speedway.

Atlet Great Britain, Benjamin Watson memenangi emas bagi acara berkenaan dengan catatan masa 2:04 23 saat manakala rakan senegaranya, Finlay Graham memenangi Perak dengan catatan masa 2:11:06 saat.

Pingat gangsa pula dimenangi atlet Perancis, Alexandre Leaute dengan catatan masa 2:11:06 saat.

Artikel Berkaitan: