Myvi rempuh pasar raya

Rakaman kemalangan kereta rempuh ke dalam sebuah pasar raya di Puchong, tular di media sosial.
Rakaman kemalangan kereta rempuh ke dalam sebuah pasar raya di Puchong, tular di media sosial.
A
A
A

SERDANG - Seorang pekerja restoran makanan segera cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang merempuh ke dalam sebuah pasar raya di Puchong di sini pada Rabu.

Kejadian pada jam 4.30 petang itu berlaku semasa lelaki warga emas berusia 64 tahun memandu kereta Perodua Myvi untuk pulang ke rumah setelah selesai membeli barang keperluan di pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, warga emas berkenaan tiba-tiba telah tertekan pedal minyak mengakibatkan kereta dipandunya merempuh masuk ke dalam pasar raya berkenaan dan melanggar pekerja lelaki yang sedang berdiri di hadapan kaunter sebuah restoran makanan segera di situ.

"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa berusia 31 tahun mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Serdang.

"Keadaannya dilaporkan stabil, manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Pada Rabu, beberapa rakaman video tular di laman media sosial memaparkan sebuah kereta merempuh ke dalam sebuah pasar raya.

Artikel Berkaitan: