Saul perkuat jentera tengah Chelsea

SAUL NIGUEZ
SAUL NIGUEZ
A
A
A

CHELSEA mendapat kekuatan tambahan di jentera tengah selepas sah menandatangani pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez secara pinjaman bagi musim ini.

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia berkata, kehadiran Saul pada penghujung jendela perpindahana melengkapkan kelab tersebut untuk mengharungi jadual padat dalam lima kejohanan musim ini.

"Saul telah terbukti memiliki mentaliti kemenangan, pemain dengan pengalaman yang luas dan kami tahu dia akan sesuai untuk bersama kami menghadapi cabaran pada musim ini dan musim akan datang," katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini dikaitkan untuk menyertai Manchester United atau Liverpool namun akhirnya memilih Chelsea untuk menimba pengalamannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Chelsea juga dilaporkan mempunyai pilihan untuk membeli Saul secara tetap dengan tanda harga £30 juta (RM171.27 juta) walaupuan pemain itu masih mempunyai kontrak bersama juara Sepanyol itu sehingga 2026.

Dalam pada itu, Saul turut teruja untuk memulakan cabaran baharu bersama Chelsea dan berjanji akan memberikan yang terbaik bersama pasukan juara Eropah itu.

"Saya amat teruja untuk memulakan cabaran baru bersama Chelsea. Penyokong The Blues, saya sebahagian daripada anda sekarang dan saya tidak sabar untuk menyarung jersi pasukan ini.

"Saya akan mula berlatih dan berjumpa anda semua. Jumpa anda tidak lama lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: