Lelaki dipercayai anggota militan maut insiden berbalas tembakan

Seorang lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand pada Isnin.
Seorang lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand pada Isnin.
A
A
A

PATTANI - Seorang lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand pada Isnin.

Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Pichawut Sanguansombat berkata, polis menerima maklumat lelaki dipercayai anggota militan itu bersembunyi di belukar di Kampung Sekmok di daerah Sai Buri.

Beliau berkata, pasukan keselamatan mula mengepong belukar itu sejak 7 pagi (waktu tempatan).

“Setelah hampir lima jam, pasukan keselamatan berjaya mengesan lelaki tersebut. Namun, lelaki itu mula melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

“Insiden berbalas tembakan berlanjutan hampir 10 minit. Apabila keadaan reda, lelaki itu ditemukan maut di tempat kejadian. Pasukan keselamatan turut menemui sepucuk pistol jenis Revolver.38,” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: