Jual vaksin: Polis Bentong terima satu laporan

Polis Bentong menerima satu laporan membabitkan dakwaan ejen menawarkan slot vaksin kepada orang ramai dengan kadar bayaran RM100 sehingga RM380. (Gambar kecil: Zaiham)
Polis Bentong menerima satu laporan membabitkan dakwaan ejen menawarkan slot vaksin kepada orang ramai dengan kadar bayaran RM100 sehingga RM380. (Gambar kecil: Zaiham)
A
A
A

BENTONG - Hanya satu laporan polis diterima setakat ini membabitkan dakwaan ejen menawarkan slot vaksin kepada orang ramai dengan kadar bayaran ditetapkan RM100 sehingga RM380.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita warganegara tempatan berusia 31 tahun yang juga wakil sebuah parti politik pada Ahad.

Menurutnya, laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Kita mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan setakat ini hanya satu laporan polis dibuat.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan kesahihan dakwaan laporan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, pihak polis memohon mana-mana pihak atau individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penjualan vaksin Covid-19 seperti yang didakwa untuk menghubungi pihak berkuasa dengan segera.

"Orang ramai boleh menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: