Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

SHAH ALAM - Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital pada pagi Sabtu.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kemaskini di Facebooknya sebentar tadi.
"Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham YABhg (Yang Amat Berbahagia) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid diatas pemergian Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 2021, jam 1.40 pagi.
"Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan," katanya.