Jenayah kontraban meningkat di Johor

AYOB KHAN
AYOB KHAN
A
A
A

SHAH ALAM - Serbuan serta tangkapan melibatkan jenayah penyeludupan rokok dan arak atau kontraban di Johor mencatatkan peningkatan mendadak tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 48 serbuan kontraban membabitkan 59 tangkapan dilakukan dengan sebanyak 50,109 kotak rokok seludup serta 512 arak dirampas tahun lalu.

Menurut Ayob Khan, jumlah serbuan meningkat mendadak tahun ini iaitu 79 membabitkan 59 suspek ditahan.

"Polis turut merampas 72,530 kotak rokok seludup dan 2,272 botol dan tin arak dirampas," katanya dalam temu bual khas di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini pada Jumaat.

Beliau turut menjelaskan, antara faktor berlaku jenayah kontraban ialah keluasan perairan di Johor iaitu sekitar 524 kilometer yang merangkumi pantai barat sehingga pantai timur.

Tambah beliau, Johor menjadi transit bukan sahaja aktiviti kontraban tetapi membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Justeru kata beliau, polis Johor akan terus menjalankan operasi bagi memastikan Johor bebas sepenuhnya daripada penyeludupan walaupun mengakui sukar melakukannya.

"Kita perlu ambil maklum, kerajaan kerugian lebih RM5 bilion daripada kontraban. Jadi segala usaha akan dilaksanakan bagi memastikan jenayah ini dapat diatasi serta hasilnya diperoleh kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: