Jalaluddin sedia galas tanggungjawab baharu

Jalaluddin Alias
Jalaluddin Alias
A
A
A

SEREMBAN - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bersedia untuk menggalas tugas baharu, sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu, melahirkan rasa syukur menerusi hantaran yang dibuat di laman sosialnya sekitar jam 1 tengahari.

"Kepada ALLAH saya berserah. Tanggungjawab baharu yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada saya merupakan cabaran besar untuk digalas.

"Saya ambil pesanan bahawa perlunya budaya kerja berprestasi tinggi, bekerja bersama rakyat dalam misi memulihkan negara dan perlu dukungan para penjawat awam dan seluruh #KeluargaMalaysia," tulisnya pada Jumaat.

Jalaluddin berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri serta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan kepada keluarga besarnya di Parlimen Jelebu yang sentiasa memberikan sokongan penuh, sepanjang perkhidmatan dari dulu dan kini.

"Tolong doakan saya. Khidmat saya demi negara. Insya-ALLAH, kita semua akan gerak bersama," katanya.

Jalaluddin sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings Bhd (UDA).

Beliau yang juga Ahli Parliman Jelebu merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, sebelum ini pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Pengerusi Bertindak Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Artikel Berkaitan:

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan pernah bertugas serta mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah/Jempol dan Jelebu pada 1990 hingga 1991.