Nur Syaiful tersingkir acara renang 200 meter

Aksi Muhammad Nur Syaiful pada acara berkenaan, pagi tadi. - Foto MSN
Aksi Muhammad Nur Syaiful pada acara berkenaan, pagi tadi. - Foto MSN
A
A
A

[DIKEMAS KINI] Atlet renang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tersingkir daripada acara renang 200 meter (m) gaya bebas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, apabila penyertaannya dibatalkan pada saringan acara berkenaan di Pusat Akuatik Tokyo, pagi tadi.

Muhammad Nur Syaiful, 25, tersingkir daripada acara berkenaan, setelah renangannya dibatalkan berikutan berlaku kesilapan teknikal.

Bagaimanapun, Muhammad Nur Syaiful yang beraksi bagi kategori S5 (cacat anggota), masih boleh terus beraksi dalam tiga lagi acara renang pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Selain acara 200m gaya bebas, Muhammad Nur Syaiful akan turut beraksi bagi acara 50m dan 100m gaya bebas selain 100m kuak dada.

Oleh itu, atlet kelahiran Sarawak itu masih berpeluang untuk layak ke final bagi kesemua acara berkenaan bagi memburu pingat di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Artikel Berkaitan: