Jambatan rosak ditenggelami air

Jambatan di Peket 60 di sini rosak akibat ditenggelami limpahan air pasang sejak Isnin. Gambar kecil: Imran
Jambatan di Peket 60 di sini rosak akibat ditenggelami limpahan air pasang sejak Isnin. Gambar kecil: Imran
A
A
A

SUNGAI BESAR - Sebuah jambatan di Peket 60 di sini rosak akibat ditenggelami limpahan air pasang sejak Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk lewat petang Isnin.

Menurutnya, jambatan itu menjadi laluan harian kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

"Mohon perhatian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Sabak Bernam untuk tindakan segera bagi mengelakkan berlaku sebarang insiden tidak diingini," katanya menerusi status di Facebook beliau pada Selasa.

Pada Isnin, seorang pemilik akaun Facebook memaklumkan, jambatan itu sudah lama uzur dan keadaan bertambah teruk apabila ditenggelami air pada pagi Isnin.

Katanya, pihak berwajib diminta segera melakukan kerja baik pulih untuk keselamatan penduduk yang melalui jambatan berkenaan.

"Harap (jambatan) dibaiki cepat sebelum ada yang terjatuh ke dalam parit.

"(Jambatan ini merupakan) jalan utama penduduk di lorong ini," katanya.

Artikel Berkaitan: