Dua lelaki dicekup punggah minuman keras

Pasukan Polis Marin merampas pelbagai jenama minuman keras di sini pada Isnin.
Pasukan Polis Marin merampas pelbagai jenama minuman keras di sini pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang merampas 467 botol minuman keras pelbagai jenama bernilai RM5,550.69 di kawasan parkir Flat PKNS di sini pada Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, semasa melakukan pemantauan, Unit Risikan Marin mendapati dua lelaki berada dalam keadaan mencurigakan sedang memunggah kotak dari sebuah van ke dua buah kereta pada jam 10.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis minuman keras yang tidak bercukai berada dalam ketiga-tiga kenderaaan terbabit.

"Pasukan serbuan telah menahan kedua-dua lelaki yang berusia 23 dan 39 tahun itu serta merampas minuman keras tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Shamsol berkata, pihaknya turut merampas van jenis Toyota Hiece serta dua kereta jenis Proton Iswara dan Nissan Sentra.

"Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut.

"Kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan: