X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Undi percaya kepada PM perlu dilakukan di Dewan Rakyat: Ku Li

Tengku Razaleigh
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bersetuju dengan pandangan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz bahawa undi percaya bukan untuk menjadikan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas lantikan Perdana Menteri itu sah.

Menurutnya yang lebih dikenali sebagai Ku Li, ini kerana ia bertentangan dengan titah Seri Paduka Baginda bahawa Perdana Menteri dilantik hendaklah segera mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Sekiranya pengundian berlaku, (undi) percaya atau tidak percaya (dalam tempoh) dua hingga tiga minggu selepas angkat sumpah.

"Dalam keadaan di mana sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan sudah berubah dan telah mengalami kekalahan, jelas sekali Perdana Menteri dan kabinet itu mesti berundur kerana sudah ditolak oleh Dewan Rakyat," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sehubungan itu, Ku Li menegaskan usul undi percaya di Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu disegerakan.

Menurutnya, tindakan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan isu keabsahan seorang Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan daripada berulang.

"Ia bagi memastikan keabsahan dan Perdana Menteri dapat 'move on' tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak lagi selepas itu," katanya.

Shamrahayu menerusi hantaran di Facebooknya sebelum ini berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan sebarang syarat bahawa perkenan Yang di-Pertuan Agong perlu diuji di Dewan Rakyat.

Tegas beliau, perkenan Al-Sultan Abdullah ialah secara sah jadi tidak perlu undi percaya dilakukan terhadap Perdana Menteri.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!