Taiwan guna vaksin Covid-19 buatan tempatan

Ketua Pegawai Eksekutif Medigen Vaccine Biologics Corp (MVC), Charles Chen menunjukkan sampel vaksin Medigen. - Foto: AFP
Ketua Pegawai Eksekutif Medigen Vaccine Biologics Corp (MVC), Charles Chen menunjukkan sampel vaksin Medigen. - Foto: AFP
A
A
A

TAIPEI - Taiwan mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 buatan tempatan walaupun mendapat kritikan bahawa pemberian kelulusan dibuat secara tergesa-gesa.

Kementerian Kesihatan meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Medigen pada hujung bulan lalu meskipun ujian klinikal didapati belum lengkap sepenuhnya.

Program vaksinasi Taiwan dikatakan perlahan susulan masalah kelewatan penghantaran dan penduduk yang masih ragu-ragu mengenai keberkesanannya.

Presiden Taiwan, Tsai ing-wen dilaporkan individu pertama yang disuntik vaksin Medigen pada Isnin.

Difahamkan ketika mendapat kelulusan, vaksin buatan Medigen Vaccine Biologics Corp belum menyelesaikan percubaan fasa ketiga, namun telah mendapat persetujuan oleh badan pengawal selia tempatan.

Syarikat itu berkata, pihaknya mendapati tiada masalah keselamatan yang timbul dan kajian menunjukkan bahawa antibodi dibuat 'tidak seteruk' vaksin yang dihasilkan oleh AstraZeneca.

Tambahnya, ia dijangka melengkapkan percubaan pusingan akhir yang diadakan di Paraguay pada akhir tahun ini.

Medigen, nama China yang bermaksud 'kelas tertinggi' merupakan rekombinan vaksin protein sama dengan vaksin yang dibangunkan oleh Novavax. - Agensi

Artikel Berkaitan: