X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Gelandangan ditemui mati dalam kereta

Mangsa yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta di sebuah kondominium di Seksyen 20, Shah Alam dipercayai gelandangan tinggal di dalam kereta tersebut.
A
A

SHAH ALAM - Penduduk sebuah kondominium di Seksyen 20, di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta, pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.23 pagi.

“Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang disyaki gelandangan dan hanya tinggal di dalam kereta dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pembantu perubatan (MA) Hospital Klang mendapati tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dah mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!