Lima lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM475,000

Zulkifli (tiga,kiri) menunjukkan bungkusan dadah yang berjaya dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Yan, hari ini.
Zulkifli (tiga,kiri) menunjukkan bungkusan dadah yang berjaya dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Yan, hari ini.
A
A
A

YAN - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang didalangi oleh sindiket warga tempatan di sekitar Kedah.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, Deputi Komisioner, Zulkifli Ali berkata, pihaknya berjaya merampas dadah bernilai RM475,000.

Katanya, hasil daripada operasi selama enam jam bermula 1 hingga jam 6 pagi itu, pihak polis telah berjaya merampas dadah yang disyaki heroin seberat 26.6kg dan Syabu seberat 2.5kg.

"Pihak polis turut menahan lima lelaki yang dipercayai daripada sindiket yang sama di tiga lokasi berbeza iaitu Alor Setar, Pendang dan Yan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis daeran Yan, hari ini.

Menurut Zulkifli, lima suspek berkenaan berusia 21 hingga 39 tahun.

Tambah Zulkifli, selain daripada rampasan dadah, pihaknya turut menyita kenderaan jenis BMW, Mini Cooper, Mitsubishi Triton, dan Produa Myvi yang bernilai RM340,000.

Katanya, dua daripada lima lelaki berkenaan turut memiliki rekod lampau yang juga berkaitan dadah namun kesemua mereka negatif dadah.

"Kelima-lima mereka ini bergiat aktif sejak dua bulan lalu dan dipercayai kesemua dadah yang dirampas itu bakal memasuki pasaran gelap sekitar Kedah dan Perlis.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka direman selama tujuh hari sehingga 6 Mac nanti dan kes disiasat bawah Seksyen 39B akta dadah berbahaya 1952," katanya.