Ban terputus punca banjir di Alor Pongsu

Ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah terputus menjadi punca banjir sekitar Alor Pongsu. -Foto: ihsan pembaca
Ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah terputus menjadi punca banjir sekitar Alor Pongsu. -Foto: ihsan pembaca
A
A
A

BAGAN SERAI - Ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah terputus menjadi punca banjir di sekitar kawasan Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kasim, Alor Pongsu di sini.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, keadaan hujan lebat luar biasa menyebabkan limpahan air Sungai Samagagah di kawasan tadahan Sungai Kerian hingga RTB terbabit tidak dapat menampung kapasiti air sungai yang melintas.

"Status aras air semasa di Sungai Beriah dan Sungai Samagagah berada pada paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 3.32 meter.

"Setakat ini, enam keluarga telah dipindahkan dan dijangka antara 1,500 hingga 2,000 rumah di kawasan berhampiran dijangka terlibat," katanya.

Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian telah bertindak untuk menyelesaikan keadaan itu bagi mengelakkan kesan buruk kepada penduduk.

"JPS telah mengaktifkan operasi pam kekal Matang Tengah bagi mengeluarkan air yang terperangkap serta membuka pintu di Ampang Jajar.

"Peruntukan kecemasan juga telah dipohon bagi membaiki ban RTB yang putus bagi mengelakkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa," katanya.

Artikel Berkaitan: