X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Enggan komen Ku Li ditawar jawatan Perdana Menteri

Ahmad
A
A

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan enggan memberi komen mengenai Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan ditawar jawatan Perdana Menteri mewakili parti itu sebanyak dua kali dalam tempoh terdekat ini.

Ahli Parlimen Pontian itu turut meminta maaf kerana tidak memberikan komen mengenai isu terbabit.

“Tiada komen. Maaf,” katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan muka hadapan akhbar Sinar Harian yang mendedahkan Tengku Razaleigh ditawarkan jawatan Perdana Menteri mewakili UMNO sebanyak dua kali dalam tempoh terdekat ini sebelum keputusan itu beralih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu didakwa memberitahu, Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li telah dipujuk oleh Biro Politik UMNO untuk menjadi calon Perdana Menteri kerana mereka mendapati tidak ada pimpinan daripada parti ketika itu yang boleh diketengahkan.

Bagaimanapun, pada Selasa lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah bermesyuarat dan memutuskan untuk memberi mandat kepada 42 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memuktamadkan calon dan akhirnya nama Ismail Sabri diangkat menjadi calon rasmi UMNO.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!