Wanita murung maut terjatuh pangsapuri

Polis sedang menyiasat tempat kejadian yang mana dipercayai mangsa, Thong Chooi Ting terjatuh dari tingkat 15 Pangsapuri Marina Tower.
Polis sedang menyiasat tempat kejadian yang mana dipercayai mangsa, Thong Chooi Ting terjatuh dari tingkat 15 Pangsapuri Marina Tower.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 15 Pangsapuri Marina Tower, Persiaran Tanjung Bungah di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi tadi, mangsa, Thong Chooi Ting berusia 43 tahun maut ditempat kejadian kerana kecederaan parah di seluruh badannya.

Kejadian itu disedari pengawal keselamatan pangsapuri tersebut lalu menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, ketika polis tiba di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di tepi tembok aras G pangsapuri tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang tidak bekerja itu tinggal di pangsapuri tersebut bersama teman lelakinya sejak setahun lalu.

"Mangsa mempunyai hubungan dengan teman lelakinya yang berusia 34 tahun sejak tiga tahun lalu. Dari keterangan teman lelakinya, mereka tidak mempunyai sebarang masalah dan tidak pernah bergaduh sepanjang hubungan tersebut.

"Teman lelakinya yang bekerja sebagai mekanik itu mendakwa, mangsa menghadapi masalah kewangan dan mengalami kemurungan sejak sebulan yang lalu,"katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: