47 pendatang ditemukan lemah di perairan Mauritania

Seramai 47 pendatang ditemukan lemas di pantai Nouadhibou, barat laut Mauritania pada 16 Ogos.
Seramai 47 pendatang ditemukan lemas di pantai Nouadhibou, barat laut Mauritania pada 16 Ogos.
A
A
A

NOUAKCHOTT - Seramai 47 pendatang ditemukan lemas di pantai Nouadhibou, barat laut Mauritania pada 16 Ogos, lapor Xinhua.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa Migrasi (IOM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan memaklumkan, pendatang berkenaan menaiki sebuah bot dan dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Canary.

Bot yang membawa 54 pendatang termasuk tiga kanak-kanak itu berlepas dari pantai Atlantik, Afrika Utara pada 3 Ogos.

"Selepas dua hari belayar, mereka terkandas tanpa makanan dan minuman hampir dua minggu akibat enjin bot rosak.

“Ketika dijumpai pengawal pantai Mauritania pada 16 Ogos, hanya tujuh migran masih hidup, dan empat daripadanya kritikal, ” menurut kenyataan itu.

Tragedi itu berlaku 10 hari selepas 40 lagi pendatang terkorban di kawasan perairan yang sama.

Pada Januari 2021, lebih 350 orang terkorban, sementara lebih 8,000 pelarian dan pendatang berjaya tiba di Sepanyol melalui jalan laut.

Sejak Oktober 2020, lebih 1,200 pendatang diselamatkan di pantai Mauritania dan menerima bantuan perubatan yang dikelola IOM.

Artikel Berkaitan:

IOM dan UNHCR menggesa lebih banyak bantuan disalurkan bagi tujuan menyelamatkan nyawa, termasuk saringan kesihatan, perubatan dan psikososial. - Bernama