Isu PM: Ismail Sabri berserah kepada ALLAH

Ismail Sabri memuat naik gambarnya di dalam bas ketika dalam perjalanan menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara pada Khamis.
Ismail Sabri memuat naik gambarnya di dalam bas ketika dalam perjalanan menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bakal Perdana Menteri yang disebut-sebut, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meletakkan segala ketentuannya kepada ALLAH SWT.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ismail Sabri memuat naik gambarnya yang berada di dalam bas ketika dalam perjalanan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.

"Bismillahirrahmanirrahim, kepada ALLAH SWT kita berserah," katanya pada Jumaat.

Ismail Sabri yang juga ahli Parlimen Bera hampir pasti menerajui pentadbiran kerajaan Persekutuan selepas kejatuhan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kehilangan majoriti Isnin lalu.

Bagaimanapun, Muhyiddin dilapor antara pemimpin terawal menyokong pencalonan Ismail Sabri bagi menggantikannya.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dijadualkan bersidang di Istana Negara pada jam 2.30 petang ini bagi membincangkan tentang pemilihan calon Perdana Menteri kesembilan.

Perdana menteri baharu dijangka akan diumumkan pada hari ini.

Artikel Berkaitan: