X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Dana pendidikan RM1 juta melalui akaun SSPN-i

A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) mengumumkan senarai pemenang Peraduan Dana RM1 juta Harapan melalui laman sesawangnya.

PTPTN dalam satu kenyataan memaklumkan, peraduan itu dianjurkan bertujuan memupuk nilai dan menabung dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil untuk jaminan pendidikan pada masa hadapan.

Menurut PTPTN, peraduan itu diadakan pada 5 April hingga 30 Mei lalu yang menawarkan hadiah berjumlah RM1 juta dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Setiap pemenang menerima RM25,000 melibatkan 40 pemenang. Nilai hadiah yang ditawarkan ini adalah tajaan sepenuhnya oleh pihak DLMI.

“PTPTN dan DLMI pertama kali menjalinkan kerjasama strategik pada tahun 2021 dalam menggalakkan ibu bapa menyediakan tabungan pendidikan anak-anak sejak mereka masih kecil, di samping memberikan panduan kepada ibu bapa memilih susu formula dengan nutrisi lengkap untuk si kecil,” jelas kenyataan itu pada Khamis.

PTPTN berkata, senarai pemenang Peraduan Dana RM1 juta Harapan boleh diperoleh melalui laman sesawang https://www.smartmoments.com.my/ms/dana-sejuta-harapan/.

Para pemenang juga boleh membuat semakan berkenaan wang tunai yang dimenangi di penyata SSPN-i melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.

Mengulas lanjut, PTPTN berkata, melalui peraduan itu diharapkan dapat membantu masyarakat Malaysia memupuk budaya menabung khususnya bagi tujuan pendidikan untuk masa hadapan lebih cerah.

“Dalam usaha untuk menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara, PTPTN sentiasa mengalu-alukan penglibatan agensi kerajaan dan syarikat korporat untuk menjadikan SSPN-i sebagai pilihan utama sebagai pemberian hadiah, insentif atau sumbangan melibatkan program, anugerah, kempen dan peraduan,” katanya.

PTPTN berkata, SSPN-i merupakan produk simpanan terbaik dengan menawarkan pelbagai keistimewaan seperti manfaat pelepasan taksiran cukai, dividen yang kompetitif, perlindungan takaful secara percuma, simpanan dijamin kerajaan dan skim patuh syariah.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!