Ahmad Zahid tiba di Istana Negara

Kenderaan yang membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara melalui pintu 2. - FOTO ROSLI TALIB
Kenderaan yang membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara melalui pintu 2. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 1.46 petang.

Beliau tiba menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih turut diiringi dua kenderaan lain.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli Parlimen daripada GPS, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi.

Difahamkan kehadiran ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.

Artikel Berkaitan: