X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai: MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

ALOR SETAR - Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai di sini yang menyebabkan berlaku banjir kilat pada petang Rabu, kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

"Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan tersebut diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

"Difahamkan, kejadian banjir kilat itu disebabkan fenomena kepala air yang berlaku di kawasan puncak Gunung Jerai," katanya di sini pada Rabu.

Pada Rabu, lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai dan taman perumahan di Bandar Yan dan Gurun dilanda banjir kilat, kira-kira jam 3 petang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!