Pemilik kedai runcit jual ayam hidup dikompaun

Kedai runcit yang diserbu penguat kuasa MPS kerana menjual ayam hidup tanpa kebenaran di Selayang pada Rabu.
Kedai runcit yang diserbu penguat kuasa MPS kerana menjual ayam hidup tanpa kebenaran di Selayang pada Rabu.
A
A
A

SELAYANG - Pemilik sebuah kedai runcit di Kampung Baru Kundang di sini dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana didapati melanggar syarat lesen dengan menjalankan aktiviti tambahan tanpa kebenaran.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad berkata, pemilik kedai itu didapati menjual ayam hidup yang diletakkan di pekarangan kedai hingga menimbulkan masalah bau busuk, kebersihan serta keselamatan pelanggan.

Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan diambil di bawah Undang-Undang Kecil 3 Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007.

"Selain itu, seorang pengusaha kedai gunting rambut di Taman Sri Gombak juga dikenakan kompaun dengan kadar sama kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

"Kedua-dua premis tersebut diarahkan tutup serta-merta dalam operasi pemantauan yang dijalankan MPS pada Rabu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, MPS juga telah menjalankan pemeriksaan dan bancian ke atas penjaja di tapak uptown Sri Gombak dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada hari sama.

"Semakan mendapati hanya dua peniaga mempunyai permit sah penjaja, manakala 29 yang lain dalam proses memperoleh permit melalui Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4.

"MPS akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan semua penjaja menjalankan perniagaan dengan lesen dan permit yang sah daripada MPS selain mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: