Beri kepercayaan kepada Perdana Menteri baharu

Khairil Nizam Khirudin
Khairil Nizam Khirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas meminta semua pihak supaya memberikan kerjasama serta kepercayaan penuh kepada Perdana Menteri baharu yang menerima sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, Perdana Menteri baharu juga perlu diberikan kebebasan untuk melantik barisan Jemaah Menteri yang mampu bekerja untuk rakyat dan komited dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah diberikan.

"Sikap ahli politik yang masih ingin memberi ugutan serta tekanan kepada Perdana Menteri baharu ini hanya akan mengulangi episod-episod gelap kemelut politik tanah air yang tidak berkesudahan, dan semestinya secara jelas tidak patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

"Pemuda Pas menyambut baik titah Tuanku agar semua pemimpin utama parti politik bekerjasama mewujudkan keharmonian, ketenteraman dan memberi fokus kepada isu kesihatan, ancaman Covid-19, keadaan ekonomi rakyat sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh diadakan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Rabu.

Khairil Nizam berkata, Pemuda Pas akan tetap berpegang teguh pada prinsip pemuafakatan sesama parti demi kesejahteraan Malaysia.

"Alhamdulillah, inilah rahmat dan keistimewaan negara kita Malaysia yang berdaulat," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: