Zahid tarik diri, Mohamad hanya berstatus ADUN

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Mohamad Hasan (kanan)
Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Mohamad Hasan (kanan)
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO tampil menjelaskan sebab mencalonkan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan berbanding Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah memutuskan untuk menarik diri daripada dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, Mohamad selaku pemimpin nombor dua parti pula tidak memenuhi kriteria sebagai ahli Dewan Rakyat kerana hanya berstatus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu di DUN Rantau.

“Presiden UMNO telah menarik diri daripada dicalonkan ketika dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi (Selasa). Dalam mesyuarat bersama ahli Parlimen pun dia sebut.

“Sebelum itu, dalam mesyuarat dengan biro politik pun beliau menarik diri daripada dicalonkan.

“Jadi kita pergi yang ketiga iaitu Ismail Sabri. Beliau ada pengalaman sebagai menteri bagi menangani Covid-19, ketua pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pas di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini pada Rabu.

Ahli Parlimen Pontian itu turut mengesahkan kesemua 42 akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen BN telah menamakan Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri untuk dihantar ke Istana Negara.

Artikel Berkaitan: