Empat lelaki hina TYT Melaka akan didakwa

Abdul Majid
Abdul Majid
A
A
A

MELAKA - Empat pelayar Twitter yang mengeluarkan kenyataan jelik dan menghina Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di laman sosial akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, empat lelaki itu antara lapan individu berusia 21 hingga 45 tahun yang dipanggil bagi membantu siasatan bermula sejak 30 Julai sehingga Rabu lalu.

"Setelah siasatan dijalankan kita menahan empat daripada lapan individu yang dipanggil untuk memberi kenyataan.

"Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut beliau berkata, keempat-empat individu berusia 28 hingga 45 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Sebelum ini, tular di laman sosial Twitter apabila beberapa individu didakwa mengeluarkan komen berbaur hasutan pada laporan berita mengenai lawatan Mohd Ali ke sebuah rumah di Kampung Kesang Tua pada 28 Julai lalu.

Kehadiran Mohd Ali ketika itu untuk melihat lokasi latihan atlet angkat berat wanita Filipina, Hidilyn Diaz yang berjaya merangkul pingat emas pada temasya sukan Olimpik di Tokyo.

Artikel Berkaitan: