Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiga pegawai, anggota polis dituduh kes dadah: Ayob Khan

AYOB KHAN
AYOB KHAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga daripada enam anggota dan pegawai polis yang ditahan sedang khayal dipercayai mengambil dadah di sebuah pusat hiburan pada 6 Ogos lalu telah dituduh di Mahkamah Majistret.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua pegawai dan seorang anggota polis berusia 29, 31, dan 32 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing, pada Isnin.

"Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Isnin.

Pada 8 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan enam penjawat awam antara 68 individu ditahan ketika sedang khayal disyaki mengambil dadah di sebuah pusat hiburan di sekitar bandar raya itu pada 6 Ogos lalu

Dalam serbuan pada jam 1.30 pagi itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM151,765.

Ketika ditahan, keenam-enam penjawat awam itu sedang berhibur, mengambil dadah dan minum minuman keras.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, tiga lagi penjawat awam belum dituduh dan masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: