Kenderaan Muhyiddin dilihat keluar dari kediaman

Kenderaan milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar daripada kediamannya pada jam 7.45 pagi hari ini.
Kenderaan milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar daripada kediamannya pada jam 7.45 pagi hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kenderaan milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar daripada kediamannya pada jam 7.45 pagi hari ini.

Muhyiddin sempat melambai tangan kepada petugas-petugas media yang berkampung di sini sejak jam 6.30 pagi.

Difahamkan kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka akan bergerak ke Pejabat Perdana Menteri sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Pada Ahad, Muhyiddin dijangka meletakkan jawatan pada Isnin selepas mempengerusikan satu mesyuarat khas Kabinet lebih kurang jam 9 pagi.

Perkara itu didedahkan oleh seorang menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sudah menyatakan hasrat berkenaan dalam satu pertemuan bersama pucuk kepimpinan tertinggi parti itu di kediamannya di Bukit Damansara pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO

PH tolak tawaran, mahu Muhyiddin letak jawatan

Muhyiddin dijangka letak jawatan pada Isnin: Menteri PN

Artikel Berkaitan: