ST nafi terlibat kutipan tabung kebajikan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini menafikan terlibat dalam sebarang aktiviti kutipan tabung kebajikan dengan menggunakan nama suruhanjaya tersebut dan pengerusinya.

ST menerusi kenyataan hari ini memaklumkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut dan pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Kutipan ini dilakukan dengan mengedarkan surat permohonan sumbangan menggunakan nama ST dan pengerusinya.

“Aktiviti pihak tidak bertanggungjawab ini amat dikesali dan ST meminta agar pihak yang dihubungi tidak terpedaya dengan permohonan sumbangan sedemikian,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang telah memberi sumbangan kepada pihak tidak bertanggungjawab tersebut dinasihatkan untuk membuat laporan polis dengan segera.

Sebarang pertanyaan atau aduan, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-2222-78 atau 03-8870 8500 dan melayari laman web www.st.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: