X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Tawar khidmat urut seks, 10 hotel ditutup, 32 warga asing ditahan

Bilik yang menyediakan perkhidmatan urutan kepada pelanggan.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 hotel sekitar ibu kota ditutup selepas dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral melalui penyediaan perkhidmatan urutan seks.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan di Facebook berkata, tindakan penguatkuasaan dijalankan menerusi Ops Patuh terhadap premis perniagaan komersial pada 1 Ogos hingga 14 Ogos.

Menurut kenyataan itu, seramai 32 warga asing termasuk tujuh warga Vietnam yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dengan bekerja sebagai tukang urut ditahan.

"Turut ditahan untuk tujuan dokumentasi termasuk 10 warga Thailand, 11 warga Indonesia, enam warga Bangladesh dan lima warga Indonesia (pengendali premis).

"DBKL turut menyita 87 barangan turut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), monitor, kondom, minyak pelincir, video dekoder, buku log, modem dan lain-lain peralatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah kenyataan itu, menerusi Ops Patuh DBKL, sebanyak 575 premis telah diperiksa melibatkan perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) hotel, pusat urut, restoran, kedai runcit, pasar raya dan lain-lain.

"12 premis perniagaan dikendalikan warga asing turut dikenakan tindakan penutupan dengan 48 peralatan disita.

"26 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta 342 atas pelbagai kesalahan terhadap individu dan pemilik premis yang ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PPN yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Selain itu, DBKL turut mengeluarkan 79 notis kompaun pelbagai kesalahan antaranya di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016,

UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!