X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Federer belum pasti beraksi di Terbuka US

Federer. - Foto AFP
A
A

PEMAIN ranking kesembilan dunia, Roger Federer mengesahkan dia masih belum pasti dapat beraksi pada Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (US Open) mulai 30 Ogos hingga 12 September depan.

Menurut Federer, dia membuat pengesahan itu setelah menjalani dua pembedahan lutut yang menyaksikannya sudah tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan sejak lebih setahun lalu.

Malah Federer berkata, dia hanya sempat beraksi dalam 13 perlawanan setakat ini.

“Sudah lama saya tidak beraksi di kejohanan besar kerana kecederaan lutut. Saya juga telah melalui dua pembedahan lutut setakat ini, namun saya tidak boleh pastikan samada saya bersedia untuk beraksi atau tidak.

“Buat masa sekarang, semuanya masih belum dapat diputusakan dan minggu ini saya akan menemui doktor bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan lutut saya,” katanya.

Sebelum ini, Federer mengumumkan tidak beraksi pada Kejohanan Terbuka Bank Nasional, Toronto, Kanada mulai 5 hingga 7 Ogos lalu, Kejohanan Wester Southern di Cincinatti (14 Ogos hingga 22 Ogos).

Selain itu, Federer juga terlepas untuk beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana kecederaan lutut berkenaan.

Sementara itu Federer berkata, biarpun sudah mencecah usia 40 tahun, namun dia gembira kerana masih mampu untuk terus aktif dalam sukan tenis.

Malah, juara gelaran Grand Slam sebanyak 20 kali itu turut menegaskan dia kini berasa lebih bertenaga berbanding sebelum ini.

“Suasana ketika ini terutamanya dalam sukan tenis agak berbeza berbanding 10 tahun lalu; namun saya tetap rasa bertenaga.

“Di sebalik kecederaan lutut ini, saya tetap gembira kerana masih aktif dalam sukan tenis dan saya percaya masih mampu untuk mencatatkan kejayaan selepas ini,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!