70 peratus kebakaran dipadam

Nor Hisham
Nor Hisham
A
A
A

KUANTAN - Hari keempat kebakaran hutan gambut di kawasan perindustrian Gebeng di sini, memperlihatkan 70 peratus api berjaya dipadamkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Pengarahnya, Nor Hisham Mohammad berkata, usaha diteruskan dengan meningkatkan kapasiti pengepaman air untuk pembanjiran menyeluruh, agar kawasan tanah terus dibasahi air.

Menurutnya, kaedah dinamakan 'flooding' ini bagi mengelakkan api yang membakar di bahagian bawah permukaan tanah padam, sekali gus mengelakkannya daripada marak ke kawasan lain.

Turut membantu pihak JBPM adalah agensi agensi dari Gebeng Emergency Mutial Aid (Gema).

"Dengan cuaca panas dan pergerakan angin yang tidak menentu, kebakaran dijangka berakhir seminggu lagi," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kebakaran hutan gambut di sini berlaku pada Isnin melibatkan 60 hektar daripada keluasan 150 hektar.

Artikel Berkaitan: