Satim mohon maaf

Satim
Satim
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Satim Diman memohon maaf sekiranya ada pihak beranggapan kenyataan dikeluarkan beliau sebelum ini sebagai tidak sensitif.

Bagaimanapun, beliau tetap mempertahankan isi kandungan ceramahnya sebelum ini dan mendakwa kenyataan berkenaan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata, kebanyakan pihak termasuk ahli keluarga bekas ADUN terlibat hanya memahami isi tersirat dan bukannya maksud tersurat di dalam kenyataan tersebut sehingga menyebabkannya disalah tafsir.

"Saya cakap ia takdir Ilahi, jadi ambillah iktibar. Cuba dengar betul-betul video saya.

"Dah takdir Ilahi dan kebetulan wakil rakyat PH yang meninggal. Dan hikmahnya bila jadi macam ini Pas dan Umno boleh bergabung, tak bergaduh serta ada kerjasama. Salah ke (kenyataan itu)?

"Saya tak niat nak tuju pada sesiapa tapi kau ia menjadi satu perkara sensitif, saya merendah diri dan minta maaf," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Mohamad Satim dilaporkan mengaitkan kematian ADUN PH di Selangor sebagai amaran ALLAH dan turut meminta supaya rakyat memilih parti yang tepat sewaktu berucap ketika ceramah umum BN bagi PRK DUN Semenyih.

Namun begitu, kenyataan beliau tersebut dilihat mendapat kecaman banyak pihak termasuk beberapa ADUN di negeri Selangor.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, keluarga dan sahabat empat bekas ADUN yang meninggal dunia sebelum ini turut memberi tempoh dua hari kepada Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman untuk meminta maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kenyataan melampau, Satim perlu mohon maaf'