X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Lelaki ditahan ketika rata hutan secara haram

Sebuah jentolak yang digunakan untuk kerja-kerja merata dan membersihkan tanah Hutan Simpan Genting Iboi, Padang Terap secara haram untuk menanam pokok getah disita JPNK.
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dipercayai mengambil upah meratakan Hutan Simpan Genting Iboi, Padang Terap secara haram untuk menanam pokok getah ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) pada Khamis.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang tersebut, pihak JPNK menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ketika dia sedang mengendali jentera untuk meratakan tanah.

Pengarah JPNK, Muhamad Abdullah berkata, bertindak atas aduan awam, pasukan bertugas melakukan serbuan dan mendapati kira-kira enam hektar tanah telah diratakan dipercayai dilakukan sejak tiga hari lepas.

Muhammad berkata, pihaknya menganggarkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit akibat kegiatan meratakan tanah dan memusnahkan pokok-pokok hutan secara haram itu.

"Susulan itu, pihaknya membawa lelaki itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk siasatan lanjut dan menyita sebuah jentolak yang digunakan untuk kerja-kerja merata dan membersihkan tanah untuk membantu siasatan.

"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu di bawah Seksyen 81(1)(b) kerana menebang, memotong, mengelang, menanda, menutuh atau menoreh mana-mana pokok atau merosakkan dengan api," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Muhammad, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut.

Beliau memaklumkan siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 81(1)(g) kerana menceroboh hutan simpanan kekal dan Seksyen 47(1) kerana memasuki hutan tertutup tanpa kebenaran.

"Bagi dua seksyen berkenaan denda masing-masing tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah," katanya.

Menurut beliau, pihaknya amat komited dan memandang serius aktiviti pencerobohan dan penerokaan Hutan Simpanan Kekal serta akan melaksanakan pendakwaan terhadap individu-individu yang melakukan kesalahan.

Pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama mana-mana pihak atau orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti kesalahan hutan, penerokaan dan pencerobohan Hutan Simpanan Kekal bagi memastikan salah laku berhubung perhutanan dapat dibendung.

habis,


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!