Perkukuh susun semula peranan, perbaharui kemampuan GLIC: PM

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan hari ini melancarkan inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (Perkukuh) bagi membantu usaha enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk melaksanakan mandat diperbaharui mereka.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, titik permulaan Perkukuh adalah untuk menyusun semula peranan dan memperbaharui keupayaan GLIC Malaysia dan terdiri daripda 20 inisiatif utama untuk mencapai lima hasil utama.

Beliau berkata, lima hasil utama itu adalah mandat yang lebih jelas bagi setiap GLIC; peningkatan tumpuan terhadap pelaburan untuk pembangunan dan yang menjadi pemangkin untuk memacu pertumbuhan baharu dan meningkatkan kesan sosio-ekonomi: menyemarakkan lagi pelaburan dalam sektor swasta sambil menyelaraskan peranan kerajaan dan agensinya dalam perniagaan: mewujudkan GLIC yang bersiap siaga menghadapi masa hadapan dengan tadbir urus, keupayaan dan strategi terbaik dan memperkukuhkan perlindungan sosial dan ketahanan fiskal.

“PERKUKUH secara asasnya bermula dengan pengiktirafan mandat, struktur pembiayaan dan profil risiko pelbagai GLIC yang terlibat. Khususnya, syarikat-syarikat akan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Dana Kekayaan Negara, yang merangkumi entiti seperti Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan Menteri Kewangan (Diperbadankan).

“(Sementara itu) kategori Pelabur Institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP,) Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah untuk menetapkan mandat, strategi dan pengurusan liabiliti aset GLIC yang terlibat dengan lebih baik dan jelas,” katanya dalam ucapan beliau semasa pelancaran Perkukuh yang diadakan secara maya, pada Khamis.

Artikel Berkaitan: