Sila log masuk terlebih dahulu.

PPV Rumah [email protected] Seasons kembali tenang

Keadaan PPV Rumah Prihatin @Grand Seasons pada Khamis yang sudah teratur dan mengikut SOP.
Keadaan PPV Rumah Prihatin @Grand Seasons pada Khamis yang sudah teratur dan mengikut SOP.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah [email protected] Seasons yang sesak dengan warga asing pada Rabu dilihat kembali tenang dan terkawal.

Tinjauan Sinar Harian pada Khamis mendapati dua kereta peronda polis ditempatkan di kawasan itu selain terdapat petugas Rumah Prihatin yang menguruskan pendaftaran kehadiran penerima vaksin.

Bekas pemandu bas, Othman Ibrahim, 53, berkata, pada awalnya dia bimbang untuk menghantar dua anaknya ke pusat vaksin itu susulan kesesakan PPV seperti video tular pada Rabu namun kini lega selepas keadaan terkawal.

"Saya memberitahu anak-anak tidak perlu ambil vaksin jika keadaan masih sesak kerana bimbang jangkitan kerana prosedur operasi standard (SOP).

"Alhamdulillah, ketika saya datang pada jam 11 keadaan terkawal tetapi berharap selepas ini ada kawalan ketat untuk warga asing kerana mereka kurang faham dengan SOP," katanya pada Khamis.

Seorang pekerja hospital, B Gayathri, 37, kecewa hampa apabila usahanya untuk mendapatkan vaksin secara 'walk-in' di PPV itu gagal susulan hanya diberikan kepada penerima vaksin dos kedua yang telah membuat janji temu

" Saya baru pulih dari Covid-19 dan kebetulan hari ini bercuti. Peluang ini boleh uruskan suntikan vaksin secara 'walk-in' tetapi tidak dibenarkan.

"Mungkin insiden semalam menyebabkan kawalan lebih ketat dilakukan. Saya juga kurang jelas prosedur berkenaan vaksin secara 'walk-in' ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Timbalan Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, Datuk Mohd Irwan Rizal Ali Napiah berkata, prosedur pemberian vaksin di Rumah Prihatin berdasarkan senarai penerima yang membuat janji temu.

"Walk-in membabitkan kepada kes tertentu dan kumpulan sasar. Contohnya jika ada lebihan vaksin pada sesi petang, kami cuba bantu berikan kepada mereka yang masih menunggu.

"Senarai penerima didaftarkan melalui pemimpin tempatan, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) sebelum hadir pada hari janji temu ditetapkan," katanya.

Katanya, dianggarkan sebanyak 2,000 penerima vaksin sehari berbanding 600 di peringkat permulaan.

Bagaimanapun tambah beliau, kira-kira 400 orang penerima vaksin dos kedua diberikan pada Khamis kerana ada yang tidak hadir.

Mengulas berhubung kejadian pada Rabu katanya, keadaan tidak terkawal kerana salah faham berkenaan pemberian vaksin kepada warga asing di PPV tertentu.

"Mereka datang secara berkumpulan menyebabkan jumlahnya di luar jangkaan. Keadaan kembali terkawal dengan bantuan polis dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyuraikan orang ramai.

"Rumah Prihatin mengekalkan polisi dan SOP yang telah diluluskan. Keadaan di luar jangkaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Salah faham, 'walk-in' hanya untuk warganegara

ARTIKEL BERKAITAN:Polis dikerah kawal kesesakan PPV Hotel Grand Seasons