Pemimpin politik PN selesai adakan perjumpaan selepas dua jam

Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari Bangunan Perdana Putra hari ini.
 Foto Bernama
Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari Bangunan Perdana Putra hari ini.
 Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kenderaan yang membawa pemimpin politik komponen Perikatan Nasional (PN) keluar daripada bangunan Perdana Putra pada jam 7.05 petang selepas dua jam mengadakan perjumpaan pada Rabu.

Terdahulu pemimpin politik komponen PN menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Difahamkan pertemuan itu bagi memeterai konsensus untuk mengekalkan sokongan terhadap Muhyiddin yang juga Pengerusi PN.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilapor berkata, usaha memeterai konsensus berkenaan disebabkan semua ketua parti PN berpandangan Muhyiddin masih lagi mempunyai sokongan majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan kerajaan sedia ada masih dianggap sah.

Awal pagi ini, tular mesej berhubung pertemuan Muhyiddin bersama ketua parti PN yang dijadualkan jam 5 petang.

PN dianggotai oleh Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Maju Sabah (SAPP) selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan: